Assalamualaikum semua.. :) Dah ujung2 tahun ni..jom kiter sama2 bayar zakat yer kengkawan..baru la raser diri tu diberkati dan tenang daripada yang hasil halal .. So kat sini ader serba sedikit cara kiraan utk bayar zakat. Aku fokus kat zakat pendapatan coz zakat ni memang sesuai ngan diri aku..:) https://www.zakat2u.com.my/ Zakat Pendapatan |
TAKRIF :
Imbuhan atau perolehan yang diperolehi oleh individu daripada majikan atau individu itu sendiri sama ada pemberian dalam bentuk tenaga atau perkhidmatan professional atau fizikal dalam tempoh harian, bulanan atau tahunan yang boleh dikenakan zakat.
Pendapatan penggajian merangkumi :-
1) Gaji tahunan
2) Tunggakan gaji
3) Pelbagai elaun
4) Lain-lain ganjaran seperti bonus dan sebagainya
Firman Allah S.W.T. :
Maksudnya :
“ Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik,dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu, Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat), padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu (kalau diberikan kepada kamu), kecuali dengan memejamkan mata padanya dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi sentiasa Terpuji. "
(Surah Al-Baqarah : Ayat 267 )
Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud :
“ Tidak seorang pun yang bekerja untuk mendapatkan kekayaan dengan jalan yang haram kemudian ia membelanjakan padanya dengan harapan mendapat berkat daripadanya dan tidak bersedekah ia dengannya, dengan harapan ia akan diterima dan tidak pula ia tinggalkannya sebagai harta pusaka (sesusah ia meninggal) melainkan ia sebagai bekalannya ke Neraka. “
(Hadis riwayat Abu Daud)
KIRAAN ZAKAT PENDAPATAN
Kaedah 1
Menggunakan kaedah pendapatan kasar (Tanpa Tolakan) 2.5% atas jumlah pendapatan kasar setahun
Contohnya :
Jumlah pendapatan kasar setahun : RM 35,000.00
Jumlah yang dikenakan zakat (2.5%) : RM 875.00
Bayaran bulanan : RM 875.00 /12 = RM 72.92
|
No comments:
Post a Comment