Rugi tau... 2x seminggu sahaja nak jaga perut yang kempis.
Rasa sedap, kesan hebat.
Segala kerak dan lumut yang melekat dekat usus akan hilang serta merta. Badan sihat penyakit lari.
Ajommmmmssss💃💃💃
Assalamualaikum semua. KakNis memang suka sangat baca kisah2 yang berkaitan degan rezeki ni. Bukan sebab faktor umur tau tapi kehendak yang diri sendiri nak..gittew😘
Rezeki yang sedikit tetapi diberkati Allah adalah lebih baik dan tinggi darjatnya berbanding rezeki yang banyak tetapi tidak diberkati. Tidak menjadi soal sama ada banyak atau sedikit rezeki itu. Apa yang lebih penting adalah rezeki yang cukup. Biar sedikit asal cukup daripada banyak tapi sering tidak mencukupi. Sesungguhnya rezeki Allah itu cukup luas.
Bagaimana cara untuk memastikan hidup sentiasa dilimpah kurnia dengan nikmat rezeki?
Amalkan 7 zikir di bawah:
1. Memperbanyakkan membaca *La Hawla Wala Quwwata Illa Billah*
Maksud: Tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah semata-mata.
2. Membaca *La Ilaha Ilallah Al Malikul Haqqul Mubin*
Maksud: Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, Allah yang Maha Benar lagi Maha Nyata.
3. Membaca *Subhanallahi Wabihamdihi Subhanallahil 'Adziim*
Maksud: Maha Suci Allah dan segala puji bagi-Nya, Maha Suci Allah yang Maha Agung.
4. Membaca Surah Al-Ikhlas -
*Qulhuwallahu ahad...*
5. Membaca *Surah Al-Waqi'ah*
6. Memperbanyakkan *selawat ke atas Nabi*
7. *Beristighfar*
Juga, amalkan membaca doa murah rezeki ini:
Ya Allah,
Berikanlah kepada kami rezeki yang luas
Kurniakanlah kepada kami rezeki yang Halal lagi baik tanpa memberatkan kami
Ya Allah,
Jika rezeki kami ada di langit maka turunkanlah
Jika ada di bumi maka keluarkanlah
Jika jauh maka dekatkanlah
Jika dekat maka mudahkanlah
Jika sedikit maka banyakkanlah
Jika banyak maka berkatilah
Agar kami dapat menolong anak-anak yatim, fakir miskin, dan mereka yang dalam kesusahan dan kedaifan
Ya Allah,
Kabulkanlah doa kami
Amin Ya Robbal ‘Alamin.
Semoga Allah Memakbulkan doa kita semua. Semoga bermanfaat In shaa Allah. 😊